Thursday, December 3, 2009

Betul Ke?


salam...rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan salam aidiladha... selamat..

Pernah dengar tak nama pokok senduduk. Pokoknya diketogerikan pokok renik dan banyak tumbuh liar dikawasan kawasan hutan kecil dan semak-semak. Pokok ni biasanya mengeluarkan buah yg kecik dan buahnya biasanya berwarna ungu atau 'pu
rple'. Begitu juga dengan bunganya, juga bewarna purple.

Pernah tak korang tengok pokok senduduk putih. Dulu masa aku tengah extreme dengan droup mistik, bende bende pelik cam gini memang jadi idaman. termasuk nak mencari senduduk bunga putih. Punya la melilau mencari mende sampai satu malaysia... NAsib baik tak terlajak sampai Indon.

erm... bila dah 'penat' bab mistik nie, mula la mende cam gitu muncul gitu je depan mata. Contoh senduduk putih nie.. macam tak caya juga banyak plak aku jumpa masa melintasi satu kawasa air terjun... tengok jer lerr...


Apa sebenarnya kegunaan senduduk Putih nie? ada yg mengatakan digunakan untuk tujuan perubatan. ada jua yg kata digunakan sebagai perantaraan untuk mengambill harta karun dan pelbagai lagi laa..

Walau apa pun tujuannya... terpulanglah kepada ilmu individu tersebut. yg penting ianya sebagai salah satu lagi bukti ujudnya ALLAH..

Wassalam...