Tuesday, June 7, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI KEDUA III: LAMBAIAN AL-AQSA

Hatta, setelah bergerak dari menziarahi Makam Nabi Allah Musa, rombongan terus menuju ke destinasi seterusnya. Masjid Al-Aqsa. Jalan diredah dengan bas yang sederhana luas, Ahmad terus menikmati pemandangan suasana sekitar bukit-bukit pasir. ternampak juga Ahmad satu kawasan kediaman atas bukit yang agak mewah. Rumah-rumah besar-besar dan nampak elit. Itulah kawasan perumahan yahudi. Ahmad hanya mampu melihat perumahan tersebut di kiri dan kanan jalan sambil hati istiqfar....

Dari kejauhan terlihat bukit yg bipenuhi dengan hutan bangunan batu. Yang tinggi dan hebat. ROmbongan melalui kawasan bandar di Palestin. Bas terus memasuki jalan yg kian sesak dgn kenderaan dan manusia. Bas berhenti di hadapan satu hotel. Tempat Ahmad dan rombongan beristirehat.

Selepas segala bagasi dan barang lain diletakkan dibilik masing-masing, rombongan terus menuju ke restoran dalam hotel berkenaan untuk memenuhkan semula kantung yang semakin kosong. supaya ada kekuatan untuk meneruskan perjalanan nanti.


Selesai pengisian jasad, rombongan terus di bawa menaiki bas ke Masjid Al-Aqsa. ALLAHHUAKBAR... Hatii Ahmad semakin sayu. Walaupun dari tepi jalan hanya nampak kubah berwarna simen pudar, mulut Ahmad terus beristigfar. Memang tidak disangka pelayaran Ahmad kali ini benar-benar berharga buat dirinya.


(Inilah kubah Masjid Al-Aqsa. Dirakamkan dari pintu masuk ke tempat Yahudi..)


Rombongan dibawa masuk ke dalam persekitar kawasan Al-Alsa. Rombongan dibawa masuk melalui kawasan Yahudi. Ahmad melihat umat Yahudi menghantuk-hantukkan kepada di dinding mengadap Masjid. Tersengguk-sengguk kepala YAhudi LAKNATULLAH itu. Rombongan terus di bawa ke kawasan Masjid Al-Aqsa. KAwalan tentera YAhudi kelihat di sekitar sempadan antara penempatan muslim dan Yahudi.

(Masjid berkubah emas. Tempat tersimpan batu tergantung)

ALLAH MAHA BESAR... Buat pertama kali Ahmad melihat "DOME OF ROCK". Masjid berkubah emas. Inilah masjid yg dibina di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa yang terdapat batu tergantung di dalamnya.

Ahmad memandang ke kiri. Dilihatnya MAsjid yang penuh berkat, rahmat dan syafaat. Itulah MASJID AL-AQSA.

(Disinilah dikatakan bekas tapak kaki Rasullulah di atas batu tergantung.)

(Ini adalah didalam gua yg terdapat pada batu tergantung tersebut. keluasan kawasan hanya berdiameter lebih kurang 5-10 meter. )


Dipimpin oleh Abuya, Ahmad dan rombongan terus ke dalam masjid Dome of Rock. Ahmad melihat jelas batu tergantung yg mana sejarahnya telah diketahui umum. selepas solat sunat, rombongan terus keluar ke Masjid Al-Aqsa.

(DOME OF ROCK)


Rombongan menunaikan solat sunat dan wirid sendirian di dalam Masjid. Ahmad masih lagi mematikan diri melihat kehenatan dan kebesar ALLAH, Tuhan semesta alam. iskjkkkkk...


(Inilah masjid yg penuh berkat. MASJID AL-AQSA)




Hampir 2 jam Ahmad di Al-Aqsa, ketua rombongan memanggil untuk ke destinasi seterusnya.... kemana yaa....


nantikan dengan penuh kesabaran...





Monday, June 6, 2011

Ermmm...

Salam...

Rupanya dah sebulan aku tak sambung hikayat ini... mohon maaf kepada yg menunggu... cuma baru lerr aku tau... nak menulispun kene ikut mood jugak..


maaf...

hikayat akan bersambung tak sama lagi...