Wednesday, February 16, 2011

MAULID & PERASMIAN YSU

Artikel ni aku hamik dari blog www.ysumelaka.blogspot.com


MAULID & PERASMIAN YSU

(Peramian oleh Pengerusi YSU, melaka, Tuan Guru Sheikh Haji Mohd Ali B. Haji Isnin)




Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dipanjatkan kesyukuran kepada yg Maha Pencipta, Solawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad saw, yg kita kasihi dan cintai.

Puji-pujian Hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Dengan Rahmat dah IZinNya jualah serta Kami bersyukur dan berterima kasih kepadaNYa kerana telah selesai majilis Maulid dan perasmian Maahad Tahfiz YSU, Masjid Jamek Rahang, seremban pada malam tadi.


Terima kasih jua kepada Pengerusi dan AJK Masjid Jamek Rahang, Seremban kerana telah bersusah payah membuat persiapan dari mula hingga akhir. Juadah malam tadi sungguh enak. Terima Kasih sekali lagi.


Juga terima kasih tak terhingga buat Pengerusi dan AJK YSU, Melaka yg telah membuat perancangan dan persediaan seawal 2 minggu yg lalu, serta terpaksa berulang alik dari melaka ke seremban utk memastikan perancangan berjalan lancar. Semoga Allah memelihara tuan/puan dalan kesejahteraanNYA.

(Antara jemaah wanita yg hadir. terpaksa duduk di beranda masjid kerana tempat utk jemaah wanita telah penuh du dalam masjid.)


Dan tak lupa juga kepada jemaah yg hadir pada Malam tersebut. Samaada dari kariah Masjid Jamek sendiri maupun dari jemaah YSU. Ada jemaah YSu yg datang dari Shah Alam, Kajang, Melaka, PD dan ada yg sanngup datang dari KArak menaiki motosikal semata-mata utk mengambil berakah majlis pada malam tadi. Hanya Allah lah yg membalas budi baik tuan/puan.

Serba sedikit pengulasan program tersebut:
(Para pelajar Tahfiz memakai serban kuning pada malam tersebut. berada di saf depan.)


1. Program telah pun dirancang utk dimulaka seawal jam 630pm. Bacaan ayat suci alquran diperdengarkan oleh pelajar-pelajar maahad Tahfiz. Dua orang pelajar telah memperdengarkan bacaan. Bacaan tersebut ditamatkan 15 minit sebelum masuk waktu magrib.
(Pengerusi memulakan majlis.)

2. Selepas selesai solat magrib, yg telah diimamkan oleh Imam 1 masjid Jamek rahang, Pengerusi majlis memulakan ucapan selamat datang kepada hadirin dan hadirat yg hadir. Kemudian Ucapan dari Pengerusi Masjid Jamek Rahang, Seremban, Tuan Haji Mohammad B. Haji Nawab Din.

(Ucapan dari Tuan Haji Mohammad B. Haji Nawab Din.)


3. Kemudian Ucapan daripada Pengerusi YSU, melaka, Tuan Guru Sheikh Haji Mohd Ali B. Haji Isnin dan seterusnya beliau merasmikan Maahad Tahfiz YSU, Masjid Jamek Rahang, Seremban.


(Ucapan daripada Pengerusi YSU, melaka, Tuan Guru Sheikh Haji Mohd Ali B. Haji Isnin )


4. Seterusnya, diadakan berzanji dari jemaah dari melaka dikepalai oleh Tuan Haji Ayob. dan seterusnya bacaan Selawat.

(Berzanji dan selawat. Pelajar TAhfiz memberi wangian rampai dan sebotol minyak wangi kepada jemaah yg ada. Minyak wangi tersebut telah disumbangkan oleh Pengerusi YSU)


5. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Guru sempena mendoakan keselamatan dan kesejahteraan keatas jemaah Tuan Haji Mohammad B. Haji Nawab Din yg akan mengerjakan Umrah pada awal bulan March 2011.
(Bacaan doa selamat oleh Pengerusi YSU)


(Antara Jemaah yg telah menghadirkan diri secara fizikal dan mental pada malam semalam.)



6. Solat Isyak berjamaah. Dan akhir sekali, semua tetamu dijemput ke jamuan makan malam yg disediakan di aras bawah masjid. Dalam masa yg sama juga jemaah dihidangkan jua qasidah dan nasyid dari Mudir dan pelajar Tahfiz.


(Antara acara yg ditunggu-tunggu.. ermmm.. gurau jerk.... sebelum dan selepas selesai mengecas kekautan fizikal.)



(Dendangan qasidah dari mudir dan pelajar tahfiz semasa jemaah dan tetamu yg hadir sedang makan malam)


7. Majlis pada malam itu berakhir sebelum jam 10 malam. Terima Kasih pada Allah Taala dan semua Muslimin dan Muslimat yg hadir.

(Ni tetamu yg paling jauh. Datang dari Karak dgn Motosikal. Terima kasih dak LAN dan Sahabatnya.)

(Antara jemaah yg belum bersedia nak pulang walaupun jam dah dekat 11 malam...)


wassalam...