Kali nie aku nak teruskan dengan MUKABUKU seterusnya.
HIKAYAT MuHAMMAD HANAFIYYAH (HMH).. terbitan DBP. Buku nie hanyalah sekadar hikayat ataupun cerita. aku suka buku buku lama yang secara tak langsung aku nie dah berminat utk menjadi collector buku buku lama.. tapi base on tajuk dan jenis cerita lerr..
sinopsis... buku nie menceritakan tentang sejarah (dalam bentuk hikayat) yg diolah oleh L.F. Brakel. Jika diperhatikan cara penulis dan sejarah yg dipaparkan, Brakel sebenarnya telah membuat kajian yg teliti tentang HMH ini. Dalam bab permulaan penulis telah menceritakan tentang kajian dan penulisan yg asal tentang HMN ini. dan sebenarnya kebanyakkan sumber asal cerita ini telah ditulis oleh org melay terdahulu dan manuskrip asal kebanyakkan telah disimpan di luar negara, terutama di Eropah.
HKH adalah hikayah sejarah tentang salasilah keturunan NAbi saw dan juga tentang perjuangan menegakkan dan meneruskan syiar islam oleh keturunan Baginda. Penceritaan HMH ini sebenarnya adalah kisah selepas berakhirnya khalifah besar yg empat.
pendapat: pada aku ini adalah sekadar hikayat. penceritaan tak boleh dijadikan fakta. dan aku tak pasti adalah penulis asal karangan HMH ini pegangan syiah. Tak salah aku, dahulu DBP banyak mengeluarkan buku buku seperti ini, dan aku pernah tanya seorang kawan yg telah pun berhenti dari DBP, katanya buku2 sebegini telah tiada lagi dicetak dan dijual... so, rasa aku tak rugi aku beli buku nie....dan buku nie pun aku beli kat amcorp mall PJ. kedai barangan antik.
komen: beberapa hari yg lalu aku telah ke JJ Bandar melaka.. sebelah umah aku jer... satu kedai buku yg besar... aku belek2.. ada plak buku tajuk yg sama... penulis baru...dan aku baca isi... hampir sama. aku rasa mamat yg buat buku ciplak direct dari buku asal karangan Brakel.. cissss.. tak tau malu.. ciplak hasil orang.. maklumlah skrg nie nak buat duit.. buat lerr buku... tapi...
lu pikir le sendiri...
salam..