Thursday, December 23, 2010

Bukit Pipi


Salam...


Semenjak dua menjak aku ketagihan utk mencuba hobi baru nie, aku telah pun survey beberapa kaedah dah lokasi utk memulakan hobi baru aku.... nak crite pasai hobi baru aku... bukan! pasai hobi baru aku belum dapat dimulakan lagi atas sebab2 teknikal dan kewangan.. cehhh!!!

first place aku pi survey adalah Bukit Pipi. Tentu korang tak pernah dengar tentang Lokasi tu kan. Tu la pasal. Aku pun baru tahu walaupun dah dekat 15 tahun aku berada di bumi bertuah nie, MELAKA. dan juga itulah kali pertama aku menjejaki Bukit Pipi walaupun boleh dikatakan aku memang selalu melewati kawasan itu.











Bukit Pipi atau nama lainnya BUkit Senjuang atau dikenali dgn nama belanda Bukit St. John, berlokasi di Bandar melaka, di kawasan berhampiran kg Purtogis (kalo jalan kaki dari kg Portugis ke Bukit tu, ponek jugak aaa...) adalah satu kawasan kubu pertahan belanda di Melaka. Pada awalnya aku kesana cuma nak survey jerr... cari bahan lokasi hobi baru ..nanti..., aku kesana pagi sabtu 11, 12, 2010, selepas aku tengok anak aku di wad hospital melaka. Maka direct dari hospital bertemankan honda 2 roda aku, aku ke lokasi. tak sampai 10 minit aku dah berada dikaki bukit pipi. Ahaxz... dengo kaki bukit.. cam tinggi jer tempat tu yek.. tak de le tinggi sangat pun.. So, aku parking honda, relax jap pekena semporna sebatang.




BAru le aku tau Bukit St. John nama asalnya BukiT Pipi. tu pun pasal ade board penerang yg aku baca masa nak naik tangga ke atas kubu tersebut. Sampai kat dalam kubu tersebut, apa yg aku dapat lihat, masih ade beberapa batang meriam yg masih tinggal. dan yg mengompiuskan aku adalah, kenapa lokasi kubu tersebut mengadap laut terbuka luas, tetapi meriam menghala ke darat. setekat aku teliti dan aku terbaca pada board yg ade, rupanya kubu tersebut bukan dibuat utk serangan laut, sebaliknya utk pertahanan darat dari serangan kerajaan melayu yg beroperasi di muar pada ketika itu... ooo patut aaaaa...





Aku perhatikan disekililing kubu tersebut... tiada peninggalan sejarah yg lain melainkan ade jirat cina dan perkuburan islam di kaki bukit serta kawasan rumah orang kg disitu.

(batu leterik merah. boleh dikatakan batu nilah yg digunakan utk membuat kubu di sebelah selatan malaya.)


Agak-agak sejam lebih gak aku survey kawasan tu.. dan kesimpulan yg aku boleh buat, lokasi ni kurang sesuai utk hobi aku, mungkin kawasan sekeliling boleh utk aku cuba kot.

dah!

aku dah dapat lokasi ke2... nantikan...

No comments:

Post a Comment