Friday, December 24, 2010

FORT SUPAI



Salam...

FORT SUPAI @ KOTA SUPAI. Nama yg pertama kali masuk kedalam corong telinga aku seminggu yg lalu. Itupun sebab hobby aku yg belum dimulakan lagi nie lerr. Ini adalah lokasi kedua yg aku survey selepas Kubu di Bukit Pipi. Fort Supaiiiiii... Kat mana yek!

(Papan Penerangan tentang FORT SUPAI)


Terletak di muara Sungai Linggi, Fort Supai adalah satu lagi kubu pertahan Belanda. ia teletak betul-brtul di hujung muara sungai diatas bukit yg agak tinggi. Kedudukan lokasi yg begitu strategik utk mengawal laluan air bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku. Tapi cerita yg aku tahu, Kubu ini tak sempat disiapkan sepenuhnya. Tidak seperti kubu St. Paul di Bukit Pipi, Melaka.

Aku pun susah gak nak pastikan mungkin ye, mungkin tidak. Tapi bila aku meneroka tapak lokasinya, aku dapati ada 2 biji meriam besar di pintu masuk utama dan 2 lagi meriam mengadap ke daratan.

(2 biji meriam mengdapa jalan masuk utama. pun ia mengadap mulut muara sungai linggi.)


Kalu diikuti dari pemerhatian aku di BUkit Pipi, jika meriam mengadap daratan, ianya adalah untuk pertahan dari serangan darat. Mngkin juga di Supai pun begitu jua. tentangan dari penduduk linggi sendiri yg mahukan KEbebasan.

Satu perkara lagi yg aku lihat, kubu-kubu ini juga dibuat dari batu leterik merah, sama macam di Bukit Pipi. Begitu juga di A Famosa di MElaka. Mungkin kerana disebelah sini banyak batu-batu besar jenis nie jer kot. MUngkin jugak! Pasal apa, aku pernah jumpa satu kawasan yg mengeluarkan batu jenis ini di MAsjid TAnah, Melaka.
(Kubu yg diperbuat dari batuan leterik merah)


(daratan dalaman Kubu tersebut)


Erm..., tiada apa pun yg agak menarik di Fort Supai ini. Kawasan yg bersih juga. Mungkin kawasan ini berjaga. View ke arah laut selat melaka yang amat menarik! CUma barangkali dengan adanya satu rumah terapung ikan bakar, mungkin pengunjung pun baru tahu apa itu FORT SUPAI.


(View mengadap selat melaka. Laut terbentang luas)


(ada pulak aku ternampak satu kubur lama... )


(pemandangan dari parking lot sebelum menuju ke restoran terapung, ikan bakar...)


Dah lerr... yg pasti, hobby aku belum dimulakan! ceh!!! brape lama mau tunggu daaa... Sabauuuuuuuuuu... yg penting harap-harap ianya dimakbulkan .. Amin...

No comments:

Post a Comment