Tuesday, May 3, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI KEDUA II: PERTEMUAN DENGAN NABI ALLAH MUSA KALAMMULLAH.

Arakian, setelah melepaskan lenguh-lenguh sendi dan sengal-sengal, rombongan terus je merentasi bukit -bukit dan perkampungan kecil masyarat palestin di bumi anbia' ini. Sistem jalanraya yg baik memudahkan dan melancarkan perjalanan rombongan ini. Kelihatan Ahmad yang pertama kali di negara barakah ini, begitu teruja! Bahkan! bukan dia sahaja yang pertama kali kesini, hampir kesemua belum pernah ke bumi ini, kecuali Abuya yang telah berberapa kali kesini.
(Kambing bebiri sedang mencari makan. Ermm mana yek tuan dia?!!!!)


Kelihatan sekumpulan kambing di kiri dan kanan permandangan Ahmad. "Inilah salah satu cabaran para nabi. Boleh dikatakan nabi-nabi yg berternak, semuanya menternak kambing. Apa rahsianya? Tanya Ahmad pada HUsaini. "Entah!" jawabnya macam biasa. "Cehhhhh!!!!".

Sedar tak sedar, bas menaiki satu bukit dan berhenti parkir. "OK, turun!" gegas ketua rombongan. Apa lagi, turunlah Ahmad sambil melihat sekeliling. "Ermm.. ini rupanya Masjid NAbi Allah Musa. MasyaAllah... dapat gak aku jejak kaki disini. Alhamdulillah" bagitau Ahmad pada Abuya.

(Pintu hadapan/masuk Masjid NAbi Musa.)

Ahli rombongan lain memasuki perkarangan masjid. Ahmad, Husaini dan Abuya, duduk rehat diluar masjid sambil dijamu kopi arab oleh pekedai diluar masjid. Abuya menceritakan serba sedikit kisah Nabi Allah Musa kepada Ahmad dan Husaini.
(Rilexx bebbb.. kenak kopi arabbb.. pahittt.. rokok sebatang dua.. ahaxzz)


Zohor menjelang tiba. Ahmad memasuki perkarangan masjid. Wuduk. Terus ke perkarangan masjid dan masuk ke dalam masjid bersama Husaini dan Abuya.

(Perkarangan masjid.. 2 buah telaga yg telah ditutup.. cam ner yekk ateh bukit pun boleh ada telaga.. Subhanallah)


Di dalam masjid ini, Makam Nabi Allah Musa Kalammullah diletakkan. Ada juga beberapa tempat lain dikata jua makam Nabi Allah Musa. Biarkan. Semuanya Betul. Allah lebih mengetahui. Sempat juga rombongan bertawassul di dadalam masjid diketuai oleh Abuya.


"Alllaahhhhh.... dapat jua aku berhadapan dgn Nabi Allah Musa. Syukur padaMU, ya Allah, Syukran..syukran.. moga aku sampai disini lagi bersama ibuku, adik beradikku, ahli keluargaku, keturunanan-keturunanku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku serta bersama muslim-muslim di bumi Allah semesta ini." doa Ahmad dihadapan makam nabi Allah Musa.









Hampir 1 jam berada disitu, ketua rombongan memanggil untuk ke destinasi seterusnya. Mana?.. tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu...



bersambung..

No comments:

Post a Comment