Thursday, March 1, 2012

REZEKI TAK DIDUGA...

Banyak harta karun di dasar sungai, laut N.Sembilan


Seorang sahabat saya pernah menceritakan kepada saya , bahawa seorang ulama Negeri Sembilan pernah menceritakan kepadanya jika pemerintahan yang adil dan amanah menurut Islam berjalan di Negeri Sembilan maka akan timbul hasil mahsul dari perut laut dan muka bumi. Jika kenyataan tersebut datang dari mulut ulama tersebut memang saya percaya dan yakin.

Berita di bawah ini membenarkan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut. Satu keluarga di Melaka telah menemui satu artifak lama dari dalam ikan yang hendak di makan mereka. Artifak tersebut diguna oleh tentera Portugis pada kurun ke 16 ketika mereka menyerang Melaka. Siasatan lanjut mendapat artifak tersebut wujud sejak kurun ke 13 lagi. Keluarga tersebut menganggap artifak tersebut adalah anugerah dan rahmat dari Tuhan mereka.


Negeri Sembilan wujud sejak zaman kerajaan Rembau lebih 600 tahun yang lalu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Islam Melaka. Laluan Sg Linggi, Sg Rembau, Sg Penajeh adalah laluan utama pedagang Sumatera, pedagang Arab dan pedagang China. Sudah pasti banyak harta karun di sepanjang sungai tersebut.

Apakan daya kita tidak banyak menyimpan manuskrip lama tulisan jawi akan apa sebenarnya yang berlaku di Negeri Sembilan sejak 600 tahun yang lalu. Yang menyimpan dan mengkaji manuskrip tersebut ialah bangsa bukan Melayu.

Woman finds ancient artifact in baby shark

February 22, 2012

MALACCA: A baby shark being prepared for lunch gave a family here a big surprise - an ancient artifact believed to be dated long before the Portuguese conquest of Malacca.

Housewife Suseela Menon, from Klebang, made the priceless discovery while filleting the fish for lunch.

It is believed to be a medallion worn by the Portuguese soldiers, presumably as a divine protection, during their conquests in this part of the world in the 16th century.

One side of the medallion is a profile of a woman's head with a crown and encircled by a halo and an inscription that is unclear.

Checks with a local historian revealed the head engraving could be that of Queen Elizabeth, the consort of King Denis I of Portugal during his reign from 1271 to 1336.

Suseela said she immediately cleaned the medallion and preserved it in a box.

“I bought two sharks from the wet market and was taken aback upon discovering the object inside the stomach of one of the fishes,” said the 47-year-old mother-of-two at her home yesterday.

Suseela had wanted to prepare shark curry for her husband.

“Finally, my husband decided not to eat the fish as the object seems to be a religious item,” she said.

The medallion is 7.4cm long, 6cm wide and weighs 10g.

“My husband feels it is a blessing for the family to have the medallion coming to our home from beneath the sea. We will always cherish it,” said Suseela.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/22/nation/10773938&sec=nation

Friday, February 3, 2012

MAAF

Salam..

Saya mohon maaf kerana HIKAYAT PELAYARAN 11 tidak dapat saya teruskan. mungkin kerana ada sesuatu yg tak boleh saya terangkan.

harap nukilan seterusnya dapat diteruskan sedikt masa lagi dgn HIKAYAT PELAYARAN III pula. Moga Allah permudahkan segala-galanya...

wassalam...

Tuesday, June 7, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI KEDUA III: LAMBAIAN AL-AQSA

Hatta, setelah bergerak dari menziarahi Makam Nabi Allah Musa, rombongan terus menuju ke destinasi seterusnya. Masjid Al-Aqsa. Jalan diredah dengan bas yang sederhana luas, Ahmad terus menikmati pemandangan suasana sekitar bukit-bukit pasir. ternampak juga Ahmad satu kawasan kediaman atas bukit yang agak mewah. Rumah-rumah besar-besar dan nampak elit. Itulah kawasan perumahan yahudi. Ahmad hanya mampu melihat perumahan tersebut di kiri dan kanan jalan sambil hati istiqfar....

Dari kejauhan terlihat bukit yg bipenuhi dengan hutan bangunan batu. Yang tinggi dan hebat. ROmbongan melalui kawasan bandar di Palestin. Bas terus memasuki jalan yg kian sesak dgn kenderaan dan manusia. Bas berhenti di hadapan satu hotel. Tempat Ahmad dan rombongan beristirehat.

Selepas segala bagasi dan barang lain diletakkan dibilik masing-masing, rombongan terus menuju ke restoran dalam hotel berkenaan untuk memenuhkan semula kantung yang semakin kosong. supaya ada kekuatan untuk meneruskan perjalanan nanti.


Selesai pengisian jasad, rombongan terus di bawa menaiki bas ke Masjid Al-Aqsa. ALLAHHUAKBAR... Hatii Ahmad semakin sayu. Walaupun dari tepi jalan hanya nampak kubah berwarna simen pudar, mulut Ahmad terus beristigfar. Memang tidak disangka pelayaran Ahmad kali ini benar-benar berharga buat dirinya.


(Inilah kubah Masjid Al-Aqsa. Dirakamkan dari pintu masuk ke tempat Yahudi..)


Rombongan dibawa masuk ke dalam persekitar kawasan Al-Alsa. Rombongan dibawa masuk melalui kawasan Yahudi. Ahmad melihat umat Yahudi menghantuk-hantukkan kepada di dinding mengadap Masjid. Tersengguk-sengguk kepala YAhudi LAKNATULLAH itu. Rombongan terus di bawa ke kawasan Masjid Al-Aqsa. KAwalan tentera YAhudi kelihat di sekitar sempadan antara penempatan muslim dan Yahudi.

(Masjid berkubah emas. Tempat tersimpan batu tergantung)

ALLAH MAHA BESAR... Buat pertama kali Ahmad melihat "DOME OF ROCK". Masjid berkubah emas. Inilah masjid yg dibina di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa yang terdapat batu tergantung di dalamnya.

Ahmad memandang ke kiri. Dilihatnya MAsjid yang penuh berkat, rahmat dan syafaat. Itulah MASJID AL-AQSA.

(Disinilah dikatakan bekas tapak kaki Rasullulah di atas batu tergantung.)

(Ini adalah didalam gua yg terdapat pada batu tergantung tersebut. keluasan kawasan hanya berdiameter lebih kurang 5-10 meter. )


Dipimpin oleh Abuya, Ahmad dan rombongan terus ke dalam masjid Dome of Rock. Ahmad melihat jelas batu tergantung yg mana sejarahnya telah diketahui umum. selepas solat sunat, rombongan terus keluar ke Masjid Al-Aqsa.

(DOME OF ROCK)


Rombongan menunaikan solat sunat dan wirid sendirian di dalam Masjid. Ahmad masih lagi mematikan diri melihat kehenatan dan kebesar ALLAH, Tuhan semesta alam. iskjkkkkk...


(Inilah masjid yg penuh berkat. MASJID AL-AQSA)




Hampir 2 jam Ahmad di Al-Aqsa, ketua rombongan memanggil untuk ke destinasi seterusnya.... kemana yaa....


nantikan dengan penuh kesabaran...





Monday, June 6, 2011

Ermmm...

Salam...

Rupanya dah sebulan aku tak sambung hikayat ini... mohon maaf kepada yg menunggu... cuma baru lerr aku tau... nak menulispun kene ikut mood jugak..


maaf...

hikayat akan bersambung tak sama lagi...

Tuesday, May 3, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI KEDUA II: PERTEMUAN DENGAN NABI ALLAH MUSA KALAMMULLAH.

Arakian, setelah melepaskan lenguh-lenguh sendi dan sengal-sengal, rombongan terus je merentasi bukit -bukit dan perkampungan kecil masyarat palestin di bumi anbia' ini. Sistem jalanraya yg baik memudahkan dan melancarkan perjalanan rombongan ini. Kelihatan Ahmad yang pertama kali di negara barakah ini, begitu teruja! Bahkan! bukan dia sahaja yang pertama kali kesini, hampir kesemua belum pernah ke bumi ini, kecuali Abuya yang telah berberapa kali kesini.
(Kambing bebiri sedang mencari makan. Ermm mana yek tuan dia?!!!!)


Kelihatan sekumpulan kambing di kiri dan kanan permandangan Ahmad. "Inilah salah satu cabaran para nabi. Boleh dikatakan nabi-nabi yg berternak, semuanya menternak kambing. Apa rahsianya? Tanya Ahmad pada HUsaini. "Entah!" jawabnya macam biasa. "Cehhhhh!!!!".

Sedar tak sedar, bas menaiki satu bukit dan berhenti parkir. "OK, turun!" gegas ketua rombongan. Apa lagi, turunlah Ahmad sambil melihat sekeliling. "Ermm.. ini rupanya Masjid NAbi Allah Musa. MasyaAllah... dapat gak aku jejak kaki disini. Alhamdulillah" bagitau Ahmad pada Abuya.

(Pintu hadapan/masuk Masjid NAbi Musa.)

Ahli rombongan lain memasuki perkarangan masjid. Ahmad, Husaini dan Abuya, duduk rehat diluar masjid sambil dijamu kopi arab oleh pekedai diluar masjid. Abuya menceritakan serba sedikit kisah Nabi Allah Musa kepada Ahmad dan Husaini.
(Rilexx bebbb.. kenak kopi arabbb.. pahittt.. rokok sebatang dua.. ahaxzz)


Zohor menjelang tiba. Ahmad memasuki perkarangan masjid. Wuduk. Terus ke perkarangan masjid dan masuk ke dalam masjid bersama Husaini dan Abuya.

(Perkarangan masjid.. 2 buah telaga yg telah ditutup.. cam ner yekk ateh bukit pun boleh ada telaga.. Subhanallah)


Di dalam masjid ini, Makam Nabi Allah Musa Kalammullah diletakkan. Ada juga beberapa tempat lain dikata jua makam Nabi Allah Musa. Biarkan. Semuanya Betul. Allah lebih mengetahui. Sempat juga rombongan bertawassul di dadalam masjid diketuai oleh Abuya.


"Alllaahhhhh.... dapat jua aku berhadapan dgn Nabi Allah Musa. Syukur padaMU, ya Allah, Syukran..syukran.. moga aku sampai disini lagi bersama ibuku, adik beradikku, ahli keluargaku, keturunanan-keturunanku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku serta bersama muslim-muslim di bumi Allah semesta ini." doa Ahmad dihadapan makam nabi Allah Musa.









Hampir 1 jam berada disitu, ketua rombongan memanggil untuk ke destinasi seterusnya. Mana?.. tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu...



bersambung..

Thursday, April 28, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI KEDUA I: KE NEGARA ZAITUN

Udara segara menempelak ke arah tubuh badan Ahmad. Ermmm... segau nyerrr.. lafaz terkeluar dari mulutnya, loghat Melaka. Bagasi telahpun diletakkan di Lobi Al-Fanar Palace Hotel. Perut pun dah kekenyang sarapan bersarapan. Menantikan bas sampai utk diisi bagasi kedalam perutnya.

Beberapa ahli rombongan wanita sudah pun menunggu di pintu hotel. Sampai je bas, bas disumbatkan ke perutnya dan ahli pun jua masuk menselesakan diri didalam bas tersebut. Tatkala jam mengahmpiri wak tu 7 pagi wt, roda bas muda bergerak meninggalkan hotel. Destinasi seterusnya, Negara Zaitun. seperti dalam surah At-Tin, Negara palestin adalah negara yg kaya dengan tanaman ZAITUN.



(View lembah dan lurah dari Gordian ke Palestin)

Jalan yang dilalui adalah jalan yg sama dengan jalan ke Laut Maut. Cuma sebelum sampai ke Laut Maut, bas masuk ke simpang di sebelah kanan. Rombongan sampai di check point pertama dalam negara Gordian. Perjalanan sampai ke chekc point tersebut lebih kurang 1 jam setengah. Setelah diperiksa bagasi dan pasport, bas terus menuju ke negara Palestin. CUMA..... sebelum masuk ke negara Palestin, rombongan kena menempuh negara Israel, yahudi LAKNATULLAH dulu. "Sial yahudi nie, semua lokasi stretegik ke Palestin dia dah rampas" ujar Husaini. Rombongan melepasi sempadan Gordian-Israel. Si yahudi Laknaat nie semua bersenjata. SIAL!.
(Sempadan Gordian-Israel)

(Gate sebelum masuk ke Imigresen Yahudi Laknatullah!)

Beberapa minit kemudian, sampai jua Ahmad bersama rombongan ke imigresen Israel yahudi laknatullah. Berderau gak dada Ahmad. Pertama kali melihat umat Laknat nie. Semua bersenjata. Rombongan diperkenalkan dengan JuruArah yg baru, Hisham yg akan membawa kami kenegara Palestin. Setelah di periksa, Alhamdulillah, Syukur pada Allah, tiada berlaku apa2 yg tidak diingini pada ahli rombongan kami serta urusan pun berjalan lancar.

Hampir 1 jam di imigresen Israel, Ahmad serta rombongan diminta untuk membawa bagasi masing-masing ke dalam bas yg baru. Agak kecil gak bas nie.. cukup-cukup untuk 20 orang.

(Keadaan dalam bas yg cukup pakai... ahaaxzzz)



Bas mula bergerak keluar dari kawasan imigresen. Rombongan diberi serba sedikit penerangan dari HIsham. Jam pun dah hampir 11 pagi wt. Waktu di Gordian dan palestin adalah sama.

Destinasi pertama yg dibawa oleh Hisham adalah Jericho. Penempatan Kristian Palestin. Kemudian Hisham membawa ke destinasi rehat dan rawat. Tempat shopping sesikit. lepas gak le nak melepas lenguh dan sengal dalam bas.


(KAwasan R&R di Jericho...)

Dah lee... penat gak nak menaip nie... sambung nanti plak...

Wednesday, April 27, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI PERTAMA V: R&R

Setelah penat berendam dalam air yg teramat masin, Ahmad serta rombongan terus pulang menuju ke Bandaraya negara Gordian. Cuaca cerah dan macam terik tapi bayu sejuk jerrr. Ahmad yang kembali kuyu mata hitamnya, cuba menahan nafsu tersebut. Sampai di penginapan hotel sekitar jam 4 petang wt. Magrib disini sekitar jam 5:30. bermaksud hari semakin gelap. Kalau di tanah Melayu jam 5:30 masih cerah memancar mentari. Selepas membawa naik segala bagasi dan kelengkapan, Ahmad, Husaini dan Abuya sempat berehat seketika sebelum menanti waktu makan malam.




"Arghhhh...... lega rasanya dapat luruskan badan nie... rasa nak tololap yo," sahut Ahmad kepada Husaini. tak berjawap sahut tersebut... "lerrrrr, dia dah terlolap dulu.. hawauuuu!", keluh Ahmad.

Tatkala mentari makin melabuhkan tirai nurnya, Ahmad yang kekenyang kembali ke ranjang yg empuk dan sejuk... !!!!

"Ahmad! Ahmad... bangun. Subuh" sambil jari kakinya ditarik oleh Abuya. Lerr... rasa macam seminit jer aku terlelap.. dah jam 4 pagi. Subuh dah masuk.. Dengan mata kuyu dan dalam kelemahan sangap bermacam, Ahmad terus ke bilik mandi....




bersambung!!!!