Saturday, March 12, 2011

JEMPUTAN

Salam..

bukan nak jemput sesiapa... bukan nak bagitau sesiapa.. cuma hati seringkali berkata-kata. adakah itu yg dikhabar was-was, seperti dalam surahtul Nas.

Semoga Segala urusan atas jemputan dapat disediakan dan semoga perjalan mendapat keberkatan dan keredhoan Nya. Cuma Aku jerr... adakah juga aku bersedia... INsyaAllah,
Perjalanan, persiapan, pengorbanan, dan Kesedihan meninggalkan anak dan isteri.. juga membawa pelbagai harapan dan cabaran... haruskahkah aku tinggalkan semua ingatan dan kesedihan sebelum benar- benar dijemput...
'
Semoga Aku mendapat jemputan...

Wednesday, February 16, 2011

MAULID & PERASMIAN YSU

Artikel ni aku hamik dari blog www.ysumelaka.blogspot.com


MAULID & PERASMIAN YSU

(Peramian oleh Pengerusi YSU, melaka, Tuan Guru Sheikh Haji Mohd Ali B. Haji Isnin)




Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dipanjatkan kesyukuran kepada yg Maha Pencipta, Solawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad saw, yg kita kasihi dan cintai.

Puji-pujian Hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Dengan Rahmat dah IZinNya jualah serta Kami bersyukur dan berterima kasih kepadaNYa kerana telah selesai majilis Maulid dan perasmian Maahad Tahfiz YSU, Masjid Jamek Rahang, seremban pada malam tadi.


Terima kasih jua kepada Pengerusi dan AJK Masjid Jamek Rahang, Seremban kerana telah bersusah payah membuat persiapan dari mula hingga akhir. Juadah malam tadi sungguh enak. Terima Kasih sekali lagi.


Juga terima kasih tak terhingga buat Pengerusi dan AJK YSU, Melaka yg telah membuat perancangan dan persediaan seawal 2 minggu yg lalu, serta terpaksa berulang alik dari melaka ke seremban utk memastikan perancangan berjalan lancar. Semoga Allah memelihara tuan/puan dalan kesejahteraanNYA.

(Antara jemaah wanita yg hadir. terpaksa duduk di beranda masjid kerana tempat utk jemaah wanita telah penuh du dalam masjid.)


Dan tak lupa juga kepada jemaah yg hadir pada Malam tersebut. Samaada dari kariah Masjid Jamek sendiri maupun dari jemaah YSU. Ada jemaah YSu yg datang dari Shah Alam, Kajang, Melaka, PD dan ada yg sanngup datang dari KArak menaiki motosikal semata-mata utk mengambil berakah majlis pada malam tadi. Hanya Allah lah yg membalas budi baik tuan/puan.

Serba sedikit pengulasan program tersebut:
(Para pelajar Tahfiz memakai serban kuning pada malam tersebut. berada di saf depan.)


1. Program telah pun dirancang utk dimulaka seawal jam 630pm. Bacaan ayat suci alquran diperdengarkan oleh pelajar-pelajar maahad Tahfiz. Dua orang pelajar telah memperdengarkan bacaan. Bacaan tersebut ditamatkan 15 minit sebelum masuk waktu magrib.
(Pengerusi memulakan majlis.)

2. Selepas selesai solat magrib, yg telah diimamkan oleh Imam 1 masjid Jamek rahang, Pengerusi majlis memulakan ucapan selamat datang kepada hadirin dan hadirat yg hadir. Kemudian Ucapan dari Pengerusi Masjid Jamek Rahang, Seremban, Tuan Haji Mohammad B. Haji Nawab Din.

(Ucapan dari Tuan Haji Mohammad B. Haji Nawab Din.)


3. Kemudian Ucapan daripada Pengerusi YSU, melaka, Tuan Guru Sheikh Haji Mohd Ali B. Haji Isnin dan seterusnya beliau merasmikan Maahad Tahfiz YSU, Masjid Jamek Rahang, Seremban.


(Ucapan daripada Pengerusi YSU, melaka, Tuan Guru Sheikh Haji Mohd Ali B. Haji Isnin )


4. Seterusnya, diadakan berzanji dari jemaah dari melaka dikepalai oleh Tuan Haji Ayob. dan seterusnya bacaan Selawat.

(Berzanji dan selawat. Pelajar TAhfiz memberi wangian rampai dan sebotol minyak wangi kepada jemaah yg ada. Minyak wangi tersebut telah disumbangkan oleh Pengerusi YSU)


5. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Guru sempena mendoakan keselamatan dan kesejahteraan keatas jemaah Tuan Haji Mohammad B. Haji Nawab Din yg akan mengerjakan Umrah pada awal bulan March 2011.
(Bacaan doa selamat oleh Pengerusi YSU)


(Antara Jemaah yg telah menghadirkan diri secara fizikal dan mental pada malam semalam.)



6. Solat Isyak berjamaah. Dan akhir sekali, semua tetamu dijemput ke jamuan makan malam yg disediakan di aras bawah masjid. Dalam masa yg sama juga jemaah dihidangkan jua qasidah dan nasyid dari Mudir dan pelajar Tahfiz.


(Antara acara yg ditunggu-tunggu.. ermmm.. gurau jerk.... sebelum dan selepas selesai mengecas kekautan fizikal.)



(Dendangan qasidah dari mudir dan pelajar tahfiz semasa jemaah dan tetamu yg hadir sedang makan malam)


7. Majlis pada malam itu berakhir sebelum jam 10 malam. Terima Kasih pada Allah Taala dan semua Muslimin dan Muslimat yg hadir.

(Ni tetamu yg paling jauh. Datang dari Karak dgn Motosikal. Terima kasih dak LAN dan Sahabatnya.)

(Antara jemaah yg belum bersedia nak pulang walaupun jam dah dekat 11 malam...)


wassalam...

Thursday, January 27, 2011

UNTUK YG BERMINAT JERRR....

Assalamualaikum...

Hanya untuk yg berminat jer... yg mencari barang asli tetapi susah nak dapat.

Satu set kain kiswah/kelambu kaabah utk dijual. Hanya tinggal beberapa unit sahaja. Biasanya yg dijual hanya kain lapisan luar sahaja, iaitu yg berwarna hitam. tapi set ini ada tiga helai... lapisan luar, tengah dan dalam.

Harga jualan mURAH JERR dari harga pasaran yg lain. CUMA RM500.00 JER. bagi yg benar serius boleeh hubungi terus saya di talian 012-6362631.

Butiran kain tersebut seperti dibawah:

1. Ini adalah gambar satu set kain tersebut




2. Kain yg berwarna hitam. berukuran 7.5cm x 5.5cm




3. kain pertengahan. berukuran 5cm x 3.5 cm


4. kain bahagian dalam. Berukuran 3cm x 2 cm..




Jika anda tanya apa kelebihannya... 1 jer saya nak bagitau... "anda ada, org lain takde". ahaaxxzz.. korang google lerr kalau nak tau ape kelebihannyer... malas aku nak story kat sini..

wassalam...



Salam...

Entahla... dah beberapa menjak aku jarang sangat buat story kat sini. Mungkin disebabkan aku terpaksa selalu meng update kan homestay yg satu lagi. homestay kat sana aku kene selalu update pasal org ramai perlu info terkini.

ermmm... aku mungkin ke kg halam di perak awal februari.mungkin dalam seminggu kot. dah lama aku tak balik kg aaaaa... last ari tu rasanya..., raya pose kot... aa'ahhh raya pose... iskhkhkhkhhk.... rindu aku kat emak aku... nak ziarah roh ayah aku dan kuburnya.. dan..... ishhkhkk...

Buat masa nie.. tak byk xtvt yg aku buat... hobby aku pun nampak tepaksa tertunggu nak aku mulakan, atas beberapa kekangan. Buku spm yg aku kene buat tersangkut-sangkut., kalo payment cantek.. ok la kot.

ye lah... kehidupan mesti diteruskan. Makin lama idup... lagi byk dosa. ilmu tak seberapa... kalo setakat ilmu dunia.. kat dunia je laa... ilmu yg nak guna dalam kubur nanti niee... mana daaaaaa... adoiiii yaaiiii..

wasssalam...

Monday, January 3, 2011

TAHFIZ

Nie aku amik dari blog http://www.ysumelaka.blogspot.com/

PROGRAM TAHFIZ AL-QURAN

Assalamulaikum...

Pengumuman utk semua,

YSU akan memulakan pengambilan pertama utk program Tahfiz Alquran bermula sesi Januari 2011. Adalah dimaklumkan bahawa, penempatan pelajar utk sesi ini adalah di


Madrasah Yayasan Sulami Ulummiah
Masjid Jamek, Rahang
Negeri Sembilan.



(pandangan dari sudut depan, Masjid Jamek, RAhang, NS. Masjid berkenaan 2 tingkat.




Pengambilan pelajar pertama mungkin dihadkan kepada 30 pelajar sahaja.

(PEnempatan Asrama pelajar di belakang masjid Jamek. Bangunan 3 tingkat. Tingkat atas adalah dorm.)


(Ruang bilik air dan tempat wuduk di tingkat 3.)

Sebarang maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi urusetia YSU.


Tambahan:
Bagi jemaah /individu / syarikat yg ingin berbakti utk ummah, adalah dialu-alukan utk membuat sumbangan utk program ini.

Adalah dialu-alukan bagi bagi yg ingin menaja anak-anak yatim atau individu perorangan utk program ini..

segala budi baik pihak tuan/puan hanya Allah yg membalasnya.

Sekian Wassalam.

Friday, December 24, 2010

FORT SUPAI



Salam...

FORT SUPAI @ KOTA SUPAI. Nama yg pertama kali masuk kedalam corong telinga aku seminggu yg lalu. Itupun sebab hobby aku yg belum dimulakan lagi nie lerr. Ini adalah lokasi kedua yg aku survey selepas Kubu di Bukit Pipi. Fort Supaiiiiii... Kat mana yek!

(Papan Penerangan tentang FORT SUPAI)


Terletak di muara Sungai Linggi, Fort Supai adalah satu lagi kubu pertahan Belanda. ia teletak betul-brtul di hujung muara sungai diatas bukit yg agak tinggi. Kedudukan lokasi yg begitu strategik utk mengawal laluan air bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku. Tapi cerita yg aku tahu, Kubu ini tak sempat disiapkan sepenuhnya. Tidak seperti kubu St. Paul di Bukit Pipi, Melaka.

Aku pun susah gak nak pastikan mungkin ye, mungkin tidak. Tapi bila aku meneroka tapak lokasinya, aku dapati ada 2 biji meriam besar di pintu masuk utama dan 2 lagi meriam mengadap ke daratan.

(2 biji meriam mengdapa jalan masuk utama. pun ia mengadap mulut muara sungai linggi.)


Kalu diikuti dari pemerhatian aku di BUkit Pipi, jika meriam mengadap daratan, ianya adalah untuk pertahan dari serangan darat. Mngkin juga di Supai pun begitu jua. tentangan dari penduduk linggi sendiri yg mahukan KEbebasan.

Satu perkara lagi yg aku lihat, kubu-kubu ini juga dibuat dari batu leterik merah, sama macam di Bukit Pipi. Begitu juga di A Famosa di MElaka. Mungkin kerana disebelah sini banyak batu-batu besar jenis nie jer kot. MUngkin jugak! Pasal apa, aku pernah jumpa satu kawasan yg mengeluarkan batu jenis ini di MAsjid TAnah, Melaka.
(Kubu yg diperbuat dari batuan leterik merah)


(daratan dalaman Kubu tersebut)


Erm..., tiada apa pun yg agak menarik di Fort Supai ini. Kawasan yg bersih juga. Mungkin kawasan ini berjaga. View ke arah laut selat melaka yang amat menarik! CUma barangkali dengan adanya satu rumah terapung ikan bakar, mungkin pengunjung pun baru tahu apa itu FORT SUPAI.


(View mengadap selat melaka. Laut terbentang luas)


(ada pulak aku ternampak satu kubur lama... )


(pemandangan dari parking lot sebelum menuju ke restoran terapung, ikan bakar...)


Dah lerr... yg pasti, hobby aku belum dimulakan! ceh!!! brape lama mau tunggu daaa... Sabauuuuuuuuuu... yg penting harap-harap ianya dimakbulkan .. Amin...

Thursday, December 23, 2010

Bukit Pipi


Salam...


Semenjak dua menjak aku ketagihan utk mencuba hobi baru nie, aku telah pun survey beberapa kaedah dah lokasi utk memulakan hobi baru aku.... nak crite pasai hobi baru aku... bukan! pasai hobi baru aku belum dapat dimulakan lagi atas sebab2 teknikal dan kewangan.. cehhh!!!

first place aku pi survey adalah Bukit Pipi. Tentu korang tak pernah dengar tentang Lokasi tu kan. Tu la pasal. Aku pun baru tahu walaupun dah dekat 15 tahun aku berada di bumi bertuah nie, MELAKA. dan juga itulah kali pertama aku menjejaki Bukit Pipi walaupun boleh dikatakan aku memang selalu melewati kawasan itu.











Bukit Pipi atau nama lainnya BUkit Senjuang atau dikenali dgn nama belanda Bukit St. John, berlokasi di Bandar melaka, di kawasan berhampiran kg Purtogis (kalo jalan kaki dari kg Portugis ke Bukit tu, ponek jugak aaa...) adalah satu kawasan kubu pertahan belanda di Melaka. Pada awalnya aku kesana cuma nak survey jerr... cari bahan lokasi hobi baru ..nanti..., aku kesana pagi sabtu 11, 12, 2010, selepas aku tengok anak aku di wad hospital melaka. Maka direct dari hospital bertemankan honda 2 roda aku, aku ke lokasi. tak sampai 10 minit aku dah berada dikaki bukit pipi. Ahaxz... dengo kaki bukit.. cam tinggi jer tempat tu yek.. tak de le tinggi sangat pun.. So, aku parking honda, relax jap pekena semporna sebatang.




BAru le aku tau Bukit St. John nama asalnya BukiT Pipi. tu pun pasal ade board penerang yg aku baca masa nak naik tangga ke atas kubu tersebut. Sampai kat dalam kubu tersebut, apa yg aku dapat lihat, masih ade beberapa batang meriam yg masih tinggal. dan yg mengompiuskan aku adalah, kenapa lokasi kubu tersebut mengadap laut terbuka luas, tetapi meriam menghala ke darat. setekat aku teliti dan aku terbaca pada board yg ade, rupanya kubu tersebut bukan dibuat utk serangan laut, sebaliknya utk pertahanan darat dari serangan kerajaan melayu yg beroperasi di muar pada ketika itu... ooo patut aaaaa...





Aku perhatikan disekililing kubu tersebut... tiada peninggalan sejarah yg lain melainkan ade jirat cina dan perkuburan islam di kaki bukit serta kawasan rumah orang kg disitu.

(batu leterik merah. boleh dikatakan batu nilah yg digunakan utk membuat kubu di sebelah selatan malaya.)


Agak-agak sejam lebih gak aku survey kawasan tu.. dan kesimpulan yg aku boleh buat, lokasi ni kurang sesuai utk hobi aku, mungkin kawasan sekeliling boleh utk aku cuba kot.

dah!

aku dah dapat lokasi ke2... nantikan...