Tuesday, April 19, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI PERTAMA II: ASHABUL KAHFI

Dengan membawa mata yg berat, Ahmad terus juga menuju ke Gua Ashabul Kahfi. Dengan semangat dan jua sokongan jemaah, sempat juga dia bergambar di hadapan pintu Gua tersebut. Oleh kerana kedatangan kami seawal jam 8 pagi, gua pintu kahfi belum lagi dibuka untuk umum. Setelah berundingan dgn pemandu arah kami, dia pun memanggil pembuka kunci pintu berkenaan. Sementara menunggu pembuka kunci tersebut, sempat juga kami membaca surah AlKahfi sehingga habis. Alhamdulillah, Moga ada keberkatannya nanti.


( Surah alKahfi ayat 21.
"21. dan Demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui Bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan Bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka".

Kalau diamati bangunan disisi gua itulah yg berada diatas pintu gua berkenaan. Allah sahaja yg Maha Mengetahui.)

(bergambar bersama jemaah di hadapan pintu Ashabul Kahfi)




(Pintu ini bakal dimasuki lagi oleh manusia-manusia ini... Insya Allah..)



Setengah jam menanti, pintu gua pun dibuka. Alhamdulillah. dapat jua Ahmad bertawassul didalamnya serta bergambar bersamaam jemaah yg lain.

(didalam makam inilah semua tulang-tulang alkahfi dikumpulkan dan disimpan. oleh kerana tiada lampu didalam makam tersebut.. tulang-tulang berkenaan tidak jelas kelihatan melalui kamera.)


Ahmad bersama rombongan berada di sekitar gua tersebut kurang lebih 1 jam lamanya.


(antara artifak yg masih ada tersimpan buat tatapan umum)



Setelah selesai seadanya, rombongan terus ke satu tempat yg juga tak kurang hebat sejarahnya... LAUT MATI..



(17. dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. sesiapa Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka Dia lah Yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa Yang disesatkannya maka Engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang Penolong Yang dapat menunjukkan (jalan Yang benar) kepadaNya.
Surah alKahfi, ayat 17)


bersambung..


No comments:

Post a Comment