MUKADDIMAH
Hikayat Pelayaran 2 (HP2)bukanlah sambungan dari HP 1. Hikayat ini adalah lahir daripada perjalanan yg tiada kesudahan dan tiada episod bersiri. Ia bersandarkan dari hasil pemerhatian dan pengalaman yg ditempuhi oleh penulis hikayat yang tiada apa2 ilmu pun. NAmun begitu, ianya adalah sekadar keinginan penulis untuk mencatatkan sesuatu sebagai hadiah diri sendiri dan sebagai kenangan.
HP2 ini adalaha hikayat pelayaran ke timur tengah dan sebahagian tanah Arab. Ia tiada kaitan dengan sesuatu kerana ia bukan dibuat atas dasar sesuatu untuk sesuatu. Hikayat yang mengandungi cerita dan illustrasi dari ilham yg Maha Kuasa. Pelayaran yang menganbil masa dalam 13 hari ini, adalah sekadar Ilham penulis memuji kebesaran Ilahi..
Sekian.
HARI PERTAMA I: ALAM GORDIAN
Hikayat bermula apakala alam mulai gelita pada tanggal 28 april, tatkala hari Isnin melabuh untuk mencari Selasa. Adakah atas dasar jemputan atau bukti kebesaran Ilahi terhadap hambanya yg bercita-cita mencari keikhlasan sanubari. Dari tanah besar, Melayu, Ahmad diterbangkan oleh GERODA bersama-sama guru dan rakan-rakan. Mula-mula kami dibawa singgah sementara di lapangan Bangkok, negeri Thai selama 1 jam. Menanti dalam perut geroda buat seketika. Geroda terus menerbangkan kami ke negara Gordian, yg kini dialam nyata dipanggil Jordan. Gordian adalah nama asal dan panggilan penduduk tempatan seperti yg diberitahu guru. Jejak kaki pertama sampai ke tanah asing ini seawal jam 730 pagi waktu tempatan (wt). Serasakan seperti udara segar dan sejuk dibawa bayu ke arah kami. berbicara pun asap-asap halus keluar dari hawa mulut. Ahmad masih menenang hatinya yang sayu dan gelisah sejak turun dari geroda.
Pelayaran awal kami disambut oleh wakil dari negeri Gordian. Setelah beramah mesra, kami dijemput ke pelayaran seterusnya. Sedikit kecelaruan berlaku. Ahmad masih menenangkan pikirannya dan hatinya. seteleh rundingan sebulat suara, kami belayar terus ke tempat yg ditulis didalam Al-Quran, Ashabul Kahfi.
(permandangan dari atas bas. Gordian memang byk dipenuhi dgn pokok tin...)
(permandangan depan gua Kahfi; dipayungi oleh 2 pohon zaitun dikiri dan kanan serta mihrab atau tempat yg dibuat seperti surau diatas gua tersebut.)
Ternyata, Seperti firmanya, dalam surah Ashabul Kahf, bermula ayat 9.
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRR RAHIM.
ô9. Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja Yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami?
10. (ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami".
11. lalu Kami tidurkan mereka Dengan nyenyaknya Dalam gua itu, bertahun-tahun, Yang banyak bilangannya.
12. kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk.
bersambung...
No comments:
Post a Comment