Monday, April 25, 2011

HIKAYAT PELAYARAN II: NUR DI UFUK TIMUR

HARI PERTAMA IV: LAUT MATI /DEAD SEA

Ermm... kekenyang... Alhamdullilah.. terlepas kalimah memuji Tuhan keluar dari mulut Ahmad. Dengan beg yg penuh muatan, dan kembara yg belum lagi mendapat tempat penginapan yg sepatutnya, rombongan terus bergerak dari pekan kecil negara Gordian ke satu kawasan bersejarah yg dipanggil laut mati. Pejalanan dengan bas ke sana mengambil masa sekitar 2 jam. dari bandar Gordian ke laut, pemandangan cuma lerengan bukit bukau dan kawasan yg kurang pembangunan." iskkhh... ape guna pembangunan jika pembangunan dan sahsiah rakyat teruk..." bisik hati Ahmad. "Bangunan tinggi-tinggi, konon-konon negara maju, tapi masyarakat... Allahhuakbar!"

Jam sekarang sekitar 11 pagi wt. Bas kami terus melunjur maju ke destinasi. "Mata den rasa mengantuk, kang terlolap kang rugi plak tak dapek tengok view." kata Ahmad kepada Husaini.

Selang beberapa ketika, rombongan pun tiba ke destinasi, PemanduArah masih mencari tempat dan lokasi yg sesuai untuk parkir bas.

"Okey!.. here we are. all of u can go to the resort. "Kata PemanduArah..
"Haaa Resort.. ceh!!! ni masuk tentu kena bayau ni, Abuya."
"ermm... Ikut kan aje lerrr.. ntah-ntah dia dapat komisen le tu. pasal tu le bawa tempat nie." Kata Abuya.
Cehhh!!! duit lagikk... Argghhh, dah sampai pun. Memang niat nak kesini sejak dari tanah Melayu lagi. Arghhh..
(View dari atas resort. Mengadap laut mati yg terbentang luas.)


Hamik nko... dah kene usd22 sorang... wakakakkaakaa.. ketawa kecil Ahmad. Ada rombongan yg tanak masuk pun. Maheyy katanya. LAntak aaaa...
(Ermmm... macam lautan... tapi sebenarnya tasik jerr yg luas.. LAut mati dikongsi oleh beberapa negara.)


So, Ahmad pun membawa turun ape yg patut dari perut bas. Begitu juga dgn 2 3 ahli yg lain.

(relax kejap sebelum aktiviti memedihkan mata bermula)


Perghhhh!!!!.. Kenapa namanya laut... Aku tengok macam tasik jer...! Tanya Ahmad kepada Husaini. "Entah!" balas nya selamba. Ceh!!!!!!


(cehhh!!! kontrol bebbbbb!!!! kat kaki tu, garam jerr berketul ketul di gigi air.)

(kerana kelihatan yg sangat, anda boleh mengapungkan badan anda tanpa perlu kempiskan perut. otomatik anda akan timbul)


Sebenarnya sebelum belayar ke Gordian, Ahmad sudah pun membuat sedikit bacaan dan sejarah laut mati tersebut. Ternyata benar lagi membenarkan.. Dinamakan laut mati disebabkan laut tersebut terlalu masin dan langsung tiada hidupan waima tumbuhan pun di dalam laut tersebut. Pelik gak bagi Ahmad. Nak kata Laut, tapi macam tasik. Tiada bersambung langsung dengan lautan. Tapi Masin. Allah Maha Besar dan MAha Berkuasa. Maha Suci Allah, yg Maha Mengetahui dan Maha Esa. Hanya KUN sahaja bagiNYA.

Kalau diikut dari sejarah Islam, Laut mati adalah tanah kawasan umat Nabi Allah Luth. Diberitakan kaumnya mengamalkan seks luar tabie. Lelaki suka lelaki. Telah puas nabi Allah berdakwah, tapi umatnya tetap Ingar. Diberitakan dalam sebuah kitab terbitan DBP, tahun tak ingat lerrr.. Sebelum Jibrail dan beberapa malaikat yg lain ditugaskan untuk menghancurkan bumi kaum Luth, Jibrail terlebih dahulu berjumpa nabi Ibrahim. (tak silap di Palestin /Hebron), Para Malaikat memperkenalkan diri mereka dan mereka pun bersalaman dgn Nabi Allah Ibrahim Kallamullah. Seteleh menyatakan hajat dan tujuan, para malaikat tersebut meminta izin untuk pergi. Namun, Nabi Allah Ibrahim meminta izin untuk ikut bersama mereka dan bergerak lah mereka menuju perkampungan Luth. Sampai di satu bukit berhampiran perkampungan tersebut, Jibrail memberi tahu Nabi Allah Ibrahim supaya tunggu di situ sahaja. Nabi Allah Ibrahim bertanya kenapa. Jawab Jibrail, Nanti kamu Tidak sanggup melihat ape yg akan berlaku, cukup sekadar melihat dari sini.

Para Malaikat pun terus bertemu dgn Nabi Allah Luth dan menceritakan ape yg bakal terjadi. PAra Malaikat yg menyerupai pemuda yg kacak sudah dilihat oleh pemuda-pemuda kaum Luth. dipendekkan cerita.. kalu nak story nie.. panjang ooo kisah dia... hatta nabi Allah Luth pun keluar dengan Anaknya. Isterinya tidak percaya kan akan Dia. Maka tinggal isterinya dan penduduk menantikan bencana yg bakall berlaku. dalam perjalanan nabi Allah Luth ke tempat Nabi Allah Ibrahim, bumi dikawasan itu pun diterbalikkan dengan dasyatnya. Dikhabarkan NAbi Allah Ibrahim yg melihat dari kejauhan pun jatuh pengsan. erm...

dah le.... nanti sambung la plak.....

No comments:

Post a Comment