Friday, December 24, 2010

FORT SUPAI



Salam...

FORT SUPAI @ KOTA SUPAI. Nama yg pertama kali masuk kedalam corong telinga aku seminggu yg lalu. Itupun sebab hobby aku yg belum dimulakan lagi nie lerr. Ini adalah lokasi kedua yg aku survey selepas Kubu di Bukit Pipi. Fort Supaiiiiii... Kat mana yek!

(Papan Penerangan tentang FORT SUPAI)


Terletak di muara Sungai Linggi, Fort Supai adalah satu lagi kubu pertahan Belanda. ia teletak betul-brtul di hujung muara sungai diatas bukit yg agak tinggi. Kedudukan lokasi yg begitu strategik utk mengawal laluan air bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku. Tapi cerita yg aku tahu, Kubu ini tak sempat disiapkan sepenuhnya. Tidak seperti kubu St. Paul di Bukit Pipi, Melaka.

Aku pun susah gak nak pastikan mungkin ye, mungkin tidak. Tapi bila aku meneroka tapak lokasinya, aku dapati ada 2 biji meriam besar di pintu masuk utama dan 2 lagi meriam mengadap ke daratan.

(2 biji meriam mengdapa jalan masuk utama. pun ia mengadap mulut muara sungai linggi.)


Kalu diikuti dari pemerhatian aku di BUkit Pipi, jika meriam mengadap daratan, ianya adalah untuk pertahan dari serangan darat. Mngkin juga di Supai pun begitu jua. tentangan dari penduduk linggi sendiri yg mahukan KEbebasan.

Satu perkara lagi yg aku lihat, kubu-kubu ini juga dibuat dari batu leterik merah, sama macam di Bukit Pipi. Begitu juga di A Famosa di MElaka. Mungkin kerana disebelah sini banyak batu-batu besar jenis nie jer kot. MUngkin jugak! Pasal apa, aku pernah jumpa satu kawasan yg mengeluarkan batu jenis ini di MAsjid TAnah, Melaka.
(Kubu yg diperbuat dari batuan leterik merah)


(daratan dalaman Kubu tersebut)


Erm..., tiada apa pun yg agak menarik di Fort Supai ini. Kawasan yg bersih juga. Mungkin kawasan ini berjaga. View ke arah laut selat melaka yang amat menarik! CUma barangkali dengan adanya satu rumah terapung ikan bakar, mungkin pengunjung pun baru tahu apa itu FORT SUPAI.


(View mengadap selat melaka. Laut terbentang luas)


(ada pulak aku ternampak satu kubur lama... )


(pemandangan dari parking lot sebelum menuju ke restoran terapung, ikan bakar...)


Dah lerr... yg pasti, hobby aku belum dimulakan! ceh!!! brape lama mau tunggu daaa... Sabauuuuuuuuuu... yg penting harap-harap ianya dimakbulkan .. Amin...

Thursday, December 23, 2010

Bukit Pipi


Salam...


Semenjak dua menjak aku ketagihan utk mencuba hobi baru nie, aku telah pun survey beberapa kaedah dah lokasi utk memulakan hobi baru aku.... nak crite pasai hobi baru aku... bukan! pasai hobi baru aku belum dapat dimulakan lagi atas sebab2 teknikal dan kewangan.. cehhh!!!

first place aku pi survey adalah Bukit Pipi. Tentu korang tak pernah dengar tentang Lokasi tu kan. Tu la pasal. Aku pun baru tahu walaupun dah dekat 15 tahun aku berada di bumi bertuah nie, MELAKA. dan juga itulah kali pertama aku menjejaki Bukit Pipi walaupun boleh dikatakan aku memang selalu melewati kawasan itu.











Bukit Pipi atau nama lainnya BUkit Senjuang atau dikenali dgn nama belanda Bukit St. John, berlokasi di Bandar melaka, di kawasan berhampiran kg Purtogis (kalo jalan kaki dari kg Portugis ke Bukit tu, ponek jugak aaa...) adalah satu kawasan kubu pertahan belanda di Melaka. Pada awalnya aku kesana cuma nak survey jerr... cari bahan lokasi hobi baru ..nanti..., aku kesana pagi sabtu 11, 12, 2010, selepas aku tengok anak aku di wad hospital melaka. Maka direct dari hospital bertemankan honda 2 roda aku, aku ke lokasi. tak sampai 10 minit aku dah berada dikaki bukit pipi. Ahaxz... dengo kaki bukit.. cam tinggi jer tempat tu yek.. tak de le tinggi sangat pun.. So, aku parking honda, relax jap pekena semporna sebatang.




BAru le aku tau Bukit St. John nama asalnya BukiT Pipi. tu pun pasal ade board penerang yg aku baca masa nak naik tangga ke atas kubu tersebut. Sampai kat dalam kubu tersebut, apa yg aku dapat lihat, masih ade beberapa batang meriam yg masih tinggal. dan yg mengompiuskan aku adalah, kenapa lokasi kubu tersebut mengadap laut terbuka luas, tetapi meriam menghala ke darat. setekat aku teliti dan aku terbaca pada board yg ade, rupanya kubu tersebut bukan dibuat utk serangan laut, sebaliknya utk pertahanan darat dari serangan kerajaan melayu yg beroperasi di muar pada ketika itu... ooo patut aaaaa...





Aku perhatikan disekililing kubu tersebut... tiada peninggalan sejarah yg lain melainkan ade jirat cina dan perkuburan islam di kaki bukit serta kawasan rumah orang kg disitu.

(batu leterik merah. boleh dikatakan batu nilah yg digunakan utk membuat kubu di sebelah selatan malaya.)


Agak-agak sejam lebih gak aku survey kawasan tu.. dan kesimpulan yg aku boleh buat, lokasi ni kurang sesuai utk hobi aku, mungkin kawasan sekeliling boleh utk aku cuba kot.

dah!

aku dah dapat lokasi ke2... nantikan...

Friday, November 26, 2010

PAKU...



Salam...

Malam tadi aku jumpa kawan aku, kat umbai melaka. Nak ambik barang yg dijanjikannya kepada aku. erm... lepas je isyak.. aku terus ke sana.. walaupun terpaksa aku bawa kete.. aku sebenonya tak berapa gemo bawak kete nie..

sampai je kat umah dia, teru sje aku tanya barang tu... hallamak.. nahhh... sebungkus dia bagi... perghh.. betul ke nie... maklumler aku tak pernah la plak tengok paku keretapi yg cam gini..



So, setelah dibelek, katanya paku nie paku keretapi, tapi disimpan dalam stor tempat dia kerja. Paku nie pakai lagi tapi untuk buat kerja-kerja lain. erm.. yela... Cuma aku tengok memang keras benda nie... panjangnye kurang lebih 3 inci lebih jerrr... kalo setakat nak paku pontianak tu.. cehh!! meleleh aaa darah kat kepala dia. ahaaxxzzz..


katanya kalo dibuat pisau ke ok lerr... tapi kalo nak buat parang, pedang ke... tak panjang paku nie... kalo nak buat jugak kene le sambung-sambung.. ermmm

Aku berterima kasih kat mamat nie kerana bagi kat aku mende nie.. maklumler hobby lama aku dah kembali nak mengaktifkan pergerakkan aku... mungkin dah tiba masanya kau nak buat "KOLEKSI" aku sendiri...


Dah la... aku nantikan sebarang komen tentang menda ni dari kengkawan yg arif tentang paku keretapi nie... ye ke idakkk???????????????..


Monday, November 22, 2010

Selamat Berkahwin....




Salam..

KAt sini aku nak Ucapkan Selamat Pengantin Baru..hehehheheee.. BAru... kepada X-boss aku USt. HAmad Ghazali pada awal bulan sebelas.. baru baru nnie nie... korangjgn terkejut... ust nie kawin lagi.... ye laaa... yg lama dah meninggal... ade le yg mengganti.. aku pun tak sangka ust nak kawin lagi.. kalo ikutkan umo... org kata dah tak layak.. tapi bagi aku... ust masih mantap.. tak salah aku baru berusia 60++..

(Aku tak sempat nak amik gambo pengantin potong kek... pengantin yg berbaju pink... segak dan anggun gitu..)





(gambar kenangn bersama ustaz... dia nyer samping yg buat aku tak leh tahan tu..)





Tahniah sekali lagi buah ust...


Semangat Yang Hilanggg.......


gak salam...

Entahler... ade gak yg menanya aku..."apasal dah lama tak posting"... cehhhh!!! ade gak yg menegur.. tQ atas keprihatinan tuan2/cik/puan..(cehh prasan jap)

Aku tengah mencari-cari semula semangat yg kian lemau nie... nak kita kije byk.. byk jugak ler... mungkin kerana dalam bulan 10 dan 11 nie, kebetulan beberapa peristiwa terjadi dan beberapa aktiviti yg perlu dijalankan utk urusan dunia.. cehhh..

Dgn kedatangan permata baru, pada 7/10/10, Syukur alhamdulillah... segala urusan selamat dgn izinNYa. Syukur jua ibunya selamat dan sihat, jua dgn izinNya... Aku!!!.. Aku hanya patut bersyukur.. tanda kasih hamba pada Pencipta.,.. Aku tiada apa jua... LA HAULAWALA KUWATA ILLA BILLAH....

Patah tumbuh hilang berganti... walaupun yg tumbuh tak sama dgn yg patah... yg berganti tak sama dgn yg hilang... semua urusan Dia... Aku!!! hanya pelakon yg melakonkan watak dgn skrip tersedia ada... iskhkhkk..

dah laa... tak reti nak berbait lerr.... aku pun tak paham... nak cari balik semangat yg dah lemau tu...


Monday, October 18, 2010

kepadaNYA kita kembali

salam...

sejak beberapa bulan kebelakangan ini aku labgsung tak berminat nak posting kat mana2 blog, waaima kat dalam fb sekali pun. errmmm.. masih teringat kepemergian arwah Abah aku. betul betul 2 hari selepas aku posting kat sini... Abah aku pun kembali kepadaNya...

begitulah kehidupan kita kat dunia nie... sayang mana pun, setinggi mana kasih pun... itu semua adalah "mahkluk".. dah tentu mahkluk ini ade hujung dan ada pangkalnya. ada awal ada akhirnya.. ada mula ada akhirnya... " iskhkhkh...

"YA Allah... Ampunilah dosa-dosanya, terangilah kuburnya, Kau lapangkanlah kuburnya. terimalah segala amalannya dgn rahmatmu jua YA Allah.. rabbana atina fiddunya hassanah, wafill akhirati hasanah.. wakina azabannarr... wasallalahu taala syaidina muhammad, muhammadin nabiyi waala alihi wasahbihi wassalamm... walhamdulillah hirabbil alamin...

AMIN........AMIN............. AMINNNNNNNNNNNNn............

Monday, July 19, 2010

SEMOGA CEPAT SEMBUH

salam...

hari ahad ari tu, 18/07/2010, aku mendapat panggilan dari abang aku. katanya "Abah masuk spital petang tadi. ape2 hal tpon kanpung." Aku pun tpon kampung. Kakak aku yg angkat. barujer sebut nama aku.. Aku hanya dengar.. berdedai dan menderu dia menangis. iskhk.. napa plak nie.

dan terus aku tpon adik aku yg duduk di melaka. dia pun sama gak. terus dia ajak aku balik kampung.

aku sampai di hospital Batu Gajah jam 923 malam. bertolak dari melaka dalam jam 425 petang. terus cari wad 5. Aku lihat adik aku yg sorang lagi sedang memotong kuku abah! ok gak le. tapi Abah aku lihat kurang bermaya. mata pun dah kelam kelam katanya.


erm... sebenar abah mengalami tekanan darah tinggi. terkejut gak aku bila dice4ritakan adik aku, katanya pagio tadi BP abah naik sampai 268/120. Abah nak pengsan kat umah tadi. NAk ajak g spital Abah tak mo.

malam ni, jam 11.31, hari ahad, hari ke 2. kulihat abis tidur dgn nyenyak. masa aku menaip ni pun, aku ade depan Abah. Abah tidur di kaatil wad 2, katil 12c. aku plak surving guna netbook adik aku. Abah tidur tak berbaju. panas katanya petang tadi. pesakit sebelah Abah dah tidur gak agaknye. biolerrr

Esok pagi aku kene balik ke melaka. masih ade urusan disana yg belum selesai. OK Abah, SEMOGA CEPAT SEMBUH dan semoga ceria seperti dulu. latest aku tengok BPnya, 147/77.. misi tu kata dah ok sikit. yelah...