Wednesday, July 7, 2010

MELAKA-DUMAI-BKT TINGGGI-DUMAI-MELAKA





Hari ke-2: Perjalanan yg memenatkan...

Salam...

Sambungan dari hari 1.
Pada hari ke dua aku di seberang, selepas je abis solat subuh, aku terus dibawa bersama ahli yg lain utk bersarapan di tempat penginapan. ermmm.. jam 7pagi wi, dah sarapan tapi... tak le sesedap aku biasa bersarapan di melaka. hotel nie pun tak seberapa pun.. tapi okla...

ok. jam 8 pagi wi, aku berlepas ke destinasi seterusnya, BUKIT TINGGI. ermm.. maklumlerr baru kali pertama ke sana. rasa teruja dan ghairah sudah tentu ada. aku diingatkan bahawa nak kesana mengambil masa 13-14 jam jika menaiki bas yg aku sewa.. perghhhh... mau sengal bontot aku nie.. tapi tak pe.. mungkin jurucakap aku nie memain jerr kot.. so lets gone bebehhh...
(bas yg disewa khas utk perjalanan selama 4 hari seketika di seberang)

BAs pun memulakan perjalanannya. pekan dumai tidak lah besau sangat dan rata2 penduduknya tidak sederhana sahaja. kota dumai nampaknya menuju kearah kota yg lebih moden. cuma sekarang kota tersebut dalam pembikinan kot. sistem jalanraya agak bagus, cuma org kat sana je yg tak bagus patuhi aturan jalan raya.

Bas aku naik kian jauh meninggalkan kota dumai... dengan jalan yg agak terus, bas yg aku naiki beberapa kali melewati lubang-lubang jalan yg agak besar.. "adusssssssss!!!! sakitnya badanku"... ermm.. nasib badan daa... perjalanan pagi tu memang tak seberapa indah yg aku sangka.. sistem pemandu yg agak teruk dan jalan yg sempit membuat aku seriau gak.. woyoooo.. selisih bas dgn lori satu jengkal je tuu... alamakkk aiii!!! dalam perjalanan sebelum sampai jam 1 tghari wi, tiada ape pemandangan yg menarik. cuma melewati kawasan kampung yg agak daif dan kawasan pekan sekitar kaki jalan...

Aku singgah makan tgahari ermm kat mana ntah.. aku pun tak perasan. emppphh apa lagik beb.. melantak ler... first time aku makan hidangan nasi minang.. mak oiiii lauk dia.. penuh satu meja... jgn ditunggu pak.. sosah ajo.. ahaxxzzz.

(makan tengahari sebelum dijamah)

(setelah selesai.. setle beb semua kat atas meja tu... nampak sangat kebuloq aku nie... ahaaaxxzz)


lepas je makan dan melepas... journey continue... pergh... nak tido plak dalam bas.. tak dapekk. jalan yg berombak dan sempit berserta bas aircond yg tak macam ade aircond lagi memeningkan aku... aku melewati satu kawasan pergunungan.. aku pun tak perasan kat mana di mana kawasan tersebut dalam proses pembuatan empangan yg sgt luas dan besau. kat lereng2 bukit kawasan tersebut terdapat kawasan arang batu dan kalo diperhatikan betul-betul anda akan dapat melihat arang batu yg masih muda di kiri kanan jalan.

perjalanan di teruskan melewati jam 7 malam wi. ALam makin kelam. kawasan pergunungan yg kami lewati semakin tak dapat dilihat. kelam. dan nak naik kek kawasan pergunungan/bukit tersebut bikin gue lagi fening... macam ulau kene palu daaa... Dan yg paling menyeramkan adalah apabila aku melewati kawasan yg dipanggil lekok 9. hooooooo... mintak nyawa daaa... dia punya jalan menuruni bukit zigzag. 9 korner. perghhh.. masa driver nak amik selekoh V, aku plak duduk tepi.. aku perati tayar bas betul betul kat gigi tebing.. MasysAllah.. buatnyer slip sikit jerrr... tepi aku gaung gunung menanti... saYUPPP jerr ker bawahh aku tengok.

erm... makan time... singgah makan di pekan PAYAKUMBOH.. agaknyerr lerr nama tempat tu... makan hidangan minang lagik... jam menunujukkan 8 malam wi. perghhh... dah 12 jam aku dalam bas... naik turun cuma nak makan, minum, kencing, berak... alamaaakk aiii.. kebas bontottt aaa...








(sebelum...)

(selepas.. ahhhaxxzz.. sedap gilerr aaaaa)

Akhirnya aku tiba di destinasi yg ditujui... tepat jam 10 wi, ape lagi... aku check in dgn sorang kawan... masuk bilik bukak TV. Brazil dgn belanda.. cehhh.. tewas brazil.. bagus.. baguzzzzzzzzzz... habis je bola... aku pun ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

No comments:

Post a Comment