Tuesday, July 6, 2010

MELAKA-DUMAI-BKT TINGGGI-DUMAI-MELAKA



Hari 1 : Hikayat Pelayaran Bermula...
Salam...
ermmm... kat sini aku nak story jurney hikayat pelayaran aku... makklumler.. aku nie minat laut dan juga melihat keindahan alam yg dijadikan Allah sebagai tanda Akhbar dan wujudnya Dia. mungkin kat sini takda ape sgt yg menarik tapi aku cuba utk memaham kan keadaan aku berhikayat selama 4 hari ke tanah seberang...
... Aku bersama rombongan seramai 20 org telah bergerak dari rumah masing seawal pagi dan berkumpul di jeti pelabuhan kota melaka. Setelah semua jemaah tiba, nakib kami telah memberi tiket dan pasport masing masing kepada jemaah. Dgn keadaan laut yg tenang dan damai serta alunan bayu laut yg sepoi sepoi bahasa mendinginkan lagi panorama di pelabuhan itu. Feri mula menghidupkan enjin dan kami pun bergerak ke laut luas terbentang jam 10 pagi waktu malaysia(wm).

(jeti pelabuhan melaka berhampiran dgn hotel costa rica, di bandar melaka)



Ini bukanla kali pertama aku naik FERI. tapi inilah kali pertama aku berferi melepasi selat melaka yg dikatakan selat paling sibuk dan terdalam didunia. Pemandangan yg hanyalah dapat dilihat lautan biru terbentang dan beberapa kapal gergasi berlabuh dan bergerak menuju destinasi masing-masing. sejak feri berlepas aku sentiasa berada dikasawasn atas bot menikmati permandangan dan air laut yg cukup segar dan sayup sayup aku melihat tanah besar semenangjung semakin hilang dari pandangan.
video

ermmm.. aku sampai di jeti KOta Dumai tepat jam 1.15 tengahari wm. setelah segala bagasi dan kelengkapan berada disisi aku. aku terus dibawa ke kaunter checking utk diperiksa pasport dan bagasi. syukur jemaah kami tiada yg berlaku yg tidak diingini.






(permandangan laut yg luas terbentang, dari pelabuhan melaka sayup sayup meninggal tanah semenanjung..)



sampai saja disana aku dan para ahli lain disambut oleh perwakilan disana. kami terus dibawa mengelilingi kota dumai (takde ape menarik pon).. menaiki bas yg telah disewa dan terus ke rumah makan. (disana restoran dipanggil rumah makan). perghhh... makanan minang... sedapppppppppppppppppp bebb.... apa aje yg dihidang.. langsai terus... ahaaaxxzz... meme sedapp aaa makanan dia.. pulak tu tgh lapo... wakakakakaakakakakaaa...





(sejak feri belayar sampai le ke pelabuhan dumai... kat sini le kami lepak.. ahhhaaaxxzzz)



jam 3 petang waktu indonesia(wi),(disana waktu lewat satu jam dari msia, cth: msia jam 1 thgri, indon jam 12 tghri). aku dan ahlli dibawa ke hotel wisata.. aku ingat hotel ni 3 bintang jer kot. satu malam rp150,000.00... ahaaxzz satu ribu lima ratus.. wuyoooooo... setelah aku kira balik dalam rm45 satu malam.. ok la tu... penattt aaaa kat sana.. lepas mandi jam 4 wi, aku terus jenjalan pekan dumai disekitar hotel dgn 2 lagi rakan.. mahal siotttt .. barang kat dumai agakmahal... cuma aku tgk kalo dia tahu kita org msia... lagi dia tekan... cehhh..siallll ajerr.. aku makan 3 biji durian dia mintak rm50. erkkk so, dah makan durian tu..bagi ajerlerr... dalam hati maki nak mampus... cehh.. rupanya kat indon nie.. korang kena tawar kow2 dulu..baru beli.. jgn main ambik.. makan baru bayau... jawapnyerr... senat lee perut membayau nerrrr,,,..


(semakin menghampiri pelabuhan kota dumai, indonesia)

(pintu gerbang keluar-masuk ke pelabuhan dumai, indonesia)



k.. next, jam 6wi aku dan ahli dibawa pusing sekali lagi pekan dumai(boring jerr.. tgk mende yg sama), terus ke masjid BAiturr Rahman. waktu magrib jam625wi, terus jemaah magrib dan selesai magrib kami terus menjalan program ikatan dgn jemaah di dumai... lepas isyak sambung sessi berdiskusi dgn group jemaah IKADI.. jam 1owi, kami berenti.. tido di masjid. sambung semula program qiamullail jam3pagi wi.

ok.. rasanya itu lerr catatan hikayat pelayaran hari pertama aku ke tanah seberang...
tunggu utk hikayat hari ke 2 plak...

salaaaaammmm..


2 comments:

  1. Bestnya pengalaman ke Dumai. Saya dah tiga kali pergi ke Riau. Tanjung Batu destinasi utama sb adik angkat ada di sana. Saya agak sentimental dan meminati Sejarah. Selat Melaka byk memberi ketenangan. Hubungan Malaysia dengan kerajaan Riau Lingga harus di ketahui oleh semua orang. Selepas ini ia itu hujung bulan Mei saya akan ke Tanjung Pinand di Kepulauan Bintan. Pasti ingatkan Laksamana Bintan.

    ReplyDelete
  2. Aku nak pi ke acheh,kat mne feri ke acheh ye

    ReplyDelete