Monday, July 12, 2010

MELAKA-DUMAI-BKT TINGGGI-DUMAI-MELAKA





Hari ke-4: Hikayat yg tidak berkesudahan...

Salam.

Aku sampai kembali ke kota dumai jam 545 pagi wi. perjalanan yg memerikkan dari Bukit Tinggi ke kota dumai sehingga anggota badanku sengal-sengal keseluruhannya. Bas berenti seketika utk solat subuh dan persiapan mandi manda di masjid berkenaan. setelah semuanya selesai, aku dibawa utk bersarapan. Kena lontong dumai dan telur separuh masak 2 biji. Lega. Tapi cam biasa, schedule perut aku untuk menenangkangnya tetap tak berubah. Nasib baik tandas kat sini agak baik juga adanya.


(Aku tension ngan mamat nie. aku suruh dia amik gambo aku, dia pegi amik gambo dia sampai tak sempat aku bergambo depan kedai yg aku sarapan.. siot jerr aaa.. hangin aku.. cehhhhh!!)




Jam 9 bas membawa kami ke satu kedai.. lerr nan beli stok kretek utk dibawa pulang dan juga buah salak serta buah avocade untuk buat tangan orang di semenanjung. Lama gak le kat situ. ade le sejam.


(Suasana dalam Feri.. aku dah mula ngantukk nie......)



Jam 10 pagi wi, aku terus dibawa ke pelabuhan Kota Dumai. keadaannya tak le begitu sibuk. Setelah habis bersalaman dgn rakan-rakan disana akau terus dibawa masuk kedalam pelabuhan dan di chopkan. Feri berlepas dari pelabuhan dumai jam 12 tghari wi. Aku pun jam biasa, ambik angin jap kat buritan Feri tersebut.. seketika kepala ku mula tersengguk... ermmmphhh terus masuk ke dalam perut feri, rilex japp.... sedo-sedo dah sampai pelabuhan melaka. Ahhaxxzzz, jam menunjukkan hampir jam 4 petang wm. ermmm...


(Antara otai - otai yg turut hadir dalam hikayat tersebut...)

Feri berlabuh. Aku mela mencari bagi aku yg isinya separuh penuh semasa pergi dulu, sekarang hampir tak muat nak zipkannya. Selesai jerr pasport aku dichopkan, aku membawa bagasi tersebut ke mesin scan. elok jerr nak ambuk bagasi tersebut, seorang pegawai imigresen, wanita, memanggil aku utk diperiksa bagasi tersebut. " berapa hari aku kesana". katanya. " Khamis, jumaat, sabtu, ahad. (sambil membilang hari dgn menggunakan jari). " kataku. Diselongkarnya bagasi aku. takde ape pun cuma beberapa helai kain batik, kain sarung, dan telekung. " ok encik, terima kasih". katanya. " sesama". kataku..

ermpphhh... Malam tu aku tidurnya dengan nyenyaknya di rumah.. HOME SWEET HOME. Adakah hikayat ini akan terus bersambung........

wassalam...


(NIe ler parabola. Aku tengok, boleh dikatakan penduduk di dumai menggunakan parabola. pelbagai saiz. ade kecil, ade sedang, ade beso. lagi beso, lagi byk channel dapat. aku dengasr crite lerr... agak2 la, kalo kat malaysia boleh pakai parabola nie, bengkrap ASTRO. jimat pun jimat. cehhhh!!!!!!!!!!!!!!)


No comments:

Post a Comment