Saturday, July 10, 2010

MELAKA-DUMAI-BKT TINGGGI-DUMAI-MELAKA





Hari ke-3: Hikayat penuh kegelapan...

Salam,

samnbungan masuk hari ke-3.

Aku tersedar apabila ahli sebilik ku menggoncang-goncangkan tubuh mugilku dgn kasar. "Arghhhh.. dah buat dah". bisik hati ku. "ooiii bangun-bangun. gi mandi. jam 7 nak sarap terus naik bas."katanya.. aku hanya mendiamkan diri seketika. mamai. erm... ok gak la kat Bukit tinggi nie. walaupun bilik takde aircond, tapi sejuk cam kat cameron highland tapi tak sesejuk di cameron highland.


(view yg diambil dari bilik hotel sekitar jam 7 pagi wi. gunung yg kelihatan adalah salah satu dari 3 gunung yg mengeliling buklit tinggi.)


(masjid yg terletak dibelakang hotel dan panorama sekitarnya)


sarapan jam7 wi, di restoran Hotel Benteng. ermphh tak de selera aku tgk menu yg ade.. minum tea ajelaa dgn buat roti bakar 2 3 keping. SElesai. jam 8 bas mula menelan ahli ahli yg ade ke dalam mulutnya dan sesudah dikira cukup ahlinya, bas pun terus bergerak ke pekan Bukit TINggi. Suasana pagi nie tidak sesak. Aku di bawa ke satu butik batik. kedatangan aku telah disambut. maklumlah, agensi dah buat deal dulu. turun jer aku dari bas, Tuan Nakib berpesan kat aku,.." jgn beli kat sini, mahal. nak shopping, shopping nanti kat pasar." Done. aku cuma melihat sekeliling butik tersebut dan melihat2 produk yg ada.

jam 10, bas terus ke pasar yg dimaksudkan. terletak berdepan dgn icon BUkit Tinggi. JAM GADANG. aku cuma di beri masa 2 jam sahaja utk kewasan sekitar dan bas akan berlepas jam 12 utk makan tengahari. 2jam aje!!!!! mak aiiii... tak pelah, dah ikut ahli... ikut ajer laaa.. memang di pasar ini pelbagai barangan dagangannya. boleh kata sentral market utk barangan pelancong. dari segi harga aku lihat, kalo korang betui2 nak beli barang tersebut, deal lah sampai dapat diskaun 70% dari harga yg ditawarkan.. bukan pasal ape, cam aku bagitau sebelum nie.. kalo ade touris jerr... diorang markup harga 2 3 kali ganda. sapa pandai tawar menawar, dapat le harga yg patut. tapi nak deal pun makan masa 30 minit -1jam jugak. itu baru satu kedai... cehhh!!!!


(JAM GADANG. icon Bukit Tinggi)


jam 12 aku dibawa makan tengahari ke satu kawasan. erm... tak berapa sedap aa plak makan kat sini.. tapi belasah jer la beb... jam 2, aku terus dibawa ke pekan Bukit Tinggi. mungkin pusat aktivi Bandar ni agaknya. perghh.. jalan dah sesak giler. pulak tu , aku hendak ke Toko buku utk membeli beberapa kitab2 bersama ahli yg lain. patut aa sesakk... kat sinilah pusat pengangkutan Bukit Tinggi. Stesen BAs dan teksi kat sini dan pasar lambak yg sesak. sempat gak aku beli kain bain dan sarung beberapa helai. iskhkhkh..


(kawasan sawah. tersergam gah gunung yg masyur disana, Gunung Merapi. jika diperhati betul2, terdapat satu puncak yg masih aktif digunung tersebut)


jam 4 bas terus bergerak keluar dari BUkit tinggi. kami terpaksa makan malam jam 5 di Paya KUmbuh. kerana selepas kawasan ini tiada lagi tempat yg sesuai utk malam malam. jam 6 petang wi, bas terus bergerak ke arah lokasi asal kami, dumai. bas melalui semula lekok 9, perghhh dasat laaa mamat driver nie.. aku tgk kawasan dia pun dah sayup sayup...



bas terus meluncur laju, suasana sekitar makin malap dan kian malap... mata aku pun dah letak berserta anggota badan yg penat berkerja. ermmm.. pas tu kawasan sekitar gelap gelita.. cehh!!! aku dah terlelap laaa......itulah hikayat penuh kegelapan.... dgn tido....


salam...

No comments:

Post a Comment